Ramai orang tidak sedar bahawa zakat adalah salah satu cara membuka pintu rezeki. Apabila pintu rezeki sudah dibuka Allah SWT, maka tiada sesiapa pun dapat menutup dan menghalangnya.
Apakah petanda rezeki sudah dibukakan oleh Allah SWT...kebiasaannya orang sering menafsirkan rezeki dengan wang dan harta.tetapi rezeki boleh saja dikurniakan dalam bentuk lain.Nikmat kesihatan diri dan keluarga, itu juga rezeki. Nikmat masa kerana dapat sentiasa bersama orang yang tersayang, itu juga rezeki. Nikmat melihat, merasa dan mampu memejamkan mata kala malam menjelma, itu juga rezeki.Dan sesungguhnya terlalu banyak yang boleh didefinisikan sebagai rezeki daripada Allah SWT
Saya bukan lah pandai sangat..tapi apa sahaja yang kita lakukan kerana ALLAH pasti kita akan rasai nikmatnya..aminn.Moga niat saya dan apa yang saya usahakan dipermudahkan Allah SWT .InsyaAllah, pasti Tuhan akan buka pintu rezeki daripada sumber-sumber lain yang kita sendiri tidak jangkakan. Di bulan Ramadhan yang mulia jganlah kita lupa untuk tunaikan kewajipan kita berzakat.

No comments:
Post a Comment