Aug 2, 2013

RESIPI BISKUT GERMAN

Aktiviti semalam menguli dan membakar biskut...erm rasa nak tercabut pinggang seharian duk depan oven..tapi semangat nak buat biskut tetap kne teruskan kalau x membazir lak barang-barang dah beli,nasib baik lak my hero duk ralit tgk ROBOT ARPO dia..hihi.mommynya bolehla buat biskut sambil ditemani lagu-lagu raya...ni saya kongsikan resipi biskut german resipi asal dari blog masakan yang glamor+ sedap2 semuanya...tq Mat gebu.


RESIPI BISKUT GERMAN(RESIPI ASAL MAT GEBU)


BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega berkualiti tinggi
125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (saya guna tepung gandum)
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (guna 1/2 camca besar), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Ni sebelum biskut di bakar....
 
 
 
Tadaaaaaaaa.....siap jua biskut german ku
 
 
First time buat biskut nih..kira ok la jadi=))))) pepun biskut lembut dan gebu jer..sedap....pasnih nak celup biskut german nih dalam coklat lak..Nampak skit keanggunan biskut ini nanti...kan2..
 
 
 
 


1 comment:

  1. ada yag bikin kue nya tanpa dipanggang tidak ??

    ReplyDelete