Oct 24, 2013

KEK kukus buah-buahan lembap

Assalamualaikum,.penat sepanjang hari melayan kerenah Hadif..angin apa ntah hari ini tak nak tidur langsung meragam sahaja,meragam nak boleh cakap kot Hadif nih :) macam nak patah pinggang dukung jer dia nak...sabarlah hati mama,anak mu juga..hihihi.dalam letih-letih teringat lak nak buat kek kukus buah-buahan lembap..TERLIUR mama nak makan,ish cam ngidam lak tengah2 malam nih,kalau ada barang kompem buat gak sekarang nih...teringin punya pasal katakan..sebenarnya banyak kali mungkin berpuluh kali dah buat kek buah-buahan lembap nih banyak resipi dah guna tapi kredit to MAT GEBU...resipi dia da best,kena dengan selera tekak..kek tidak terlalu manis,padat dengan buah,lembap2 gitu..ish rasa cam nak makan lak pic mat gebu ni :) sini saya kongsikan resipi dari blog mat gebu...kek buah-buahan lembap aka kek kukus buah-buahan kontroversi Mat gebu.

BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....

Kanser usus-jangan abaikan buang air besar

Di kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Di kalangan lelaki, inilah kanser paling kerap berlaku. Lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas.

LEBIHKAN...pemakanan harus dijaga terutama lebihkan sayuran dan buah-buahan.

KANSER USUS: KESAN DENGAN AWAL
Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada  kanser yang kerap berlaku. Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan 
boleh menyembuhkan penyakit ini. Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda ambil  untuk mengurangkan risiko kanser usus.

Apa itu usus?
Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia mempunyai dua bahagian:


  1. Usus kecil- tempat makanan diserap
  2. Usus besar- tempat air dan garam diserap


Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan rektum.

Apa itu kanser usus?


Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus  besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain. Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada  peringkat awal. Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau enam inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur. Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.

Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi ia dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Kanser usus ialah pertumbuhan sel tidak normal dan tidak terkawal dalam usus besar atau rektum sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan pembentukan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk.

Tanda-tanda kanser usus 


Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus  berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:


  • Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  • Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  • Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  • Sakit perut.
  • Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
  • Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi.
  • Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.
  • Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda-tanda amaran kanser usus. Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda kanser usus di atas, sila berjumpa doktor yang akan merujukkan anda untuk menjalankan beberapa ujian tertentu. Jika hasil ujian menunjukkan terdapatnya kanser usus, rawatan awal adalah lebih baik.


Faktor risiko


  1. Ada banyak faktor risiko boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit ini seperti:
  2. Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.
  3. Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan boleh mencegah pertumbuhan sel kanser.
  4. Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga mendapat kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.
  5. Sejarah diri yang pernah menghidap kanser. Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko mendapat kanser usus.
  6. Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus.
  7. Rokok. Selain menjadi penyebab kepada banyak jenis kanser lain, asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.
  8. Obesiti. Individu obes berisiko tinggi mendapat kanser usus.
  9. Alkohol. Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.
  10. Kurang bersenam.


Saringan dan pengesanan

Diagnosis kanser boleh datang secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda amaran dan oleh kerana ia biasanya dianggap ‘pembawa maut’, ramai pesakit mengalami gangguan emosi tatkala disahkan menghidap penyakit ini.

Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh melemahkan seseorang dari segi fizikal dan emosi. Kebanyakan pesakit menerima keputusan diagnosis kanser dengan perasaan yang sedih, terkejut, hampa dan bimbang. Ada juga yang berasa marah dan sangat kecewa kerana tidak dapat menerima hakikat mereka menghidap kanser.

Sebenarnya pesakit kanser usus ada peluang sembuh yang tinggi, hingga 90%, jika penyakit dikesan awal (pada peringkat pertama) dan peluang ini menurun kepada 60 hingga 80 peratus andai menerima rawatan ketika kanser di peringkat kedua.

Namun dalam kebanyakan kes, pesakit lambat datang mendapatkan rawatan. Jawatankuasa Gabungan Amerika Untuk Pengenalan Peringkat Kanser Usus melaporkan, kebanyakan pesakit (30 hingga 40 peratus) berjumpa doktor ketika kanser mereka pada peringkat ketiga dan 20 hingga 25 peratus lagi apabila penyakit di tahap serius (peringkat keempat).

Kelewatan mendapatkan rawatan menjadi punca peningkatan jumlah kematian pesakit kanser usus di kalangan masyarakat Asia, termasuk di negara kita. Jika dilihat peluang keterusan hidup dalam tempoh lima tahun, peratusannya turun mendadak daripada 30 hingga 60 peratus (peringkat ketiga) kepada kurang lima peratus bagi peringkat keempat.

Sebabnya sebaik disahkan menghidap kanser, usah bertangguh mendapatkan rawatan di hospital. Lebih cepat anda mendapat rawatan, peluang sembuh lebih tinggi dan bagi kes serius, rawatan dapat memanjangkan hayat anda antara 26 hingga 29 bulan.

Mungkin ada yang berkata, perlu apa bersusah payah mendapatkan rawatan jika hanya dapat memanjangkan jangka hayat kepada beberapa bulan. Itu pendapat orang sihat tetapi bagi pesakit, ia sangat penting kerana dalam tempoh itu mereka boleh melakukan banyak perkara seperti menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang.

Cara paling berkesan untuk mengurangkan risiko kanser usus ialah dengan menjalani ujian saringan terutama bagi individu berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai sejarah kanser atau penyakit keradangan usus yang lain. Pengesanan awal dan pembuangan polip sebelum ia bertukar menjadi kanser adalah cara terbaik mencegah penyakit ini.

Ujian saringan kanser usus melibatkan ujian terhadap individu yang tidak mempunyai  tanda-tanda menghidap kanser usus. Saringan menggunakan kaedah faecal occult blood test (FOBT) atau ujian darah okulta tinja disarankan kepada individu sihat yang berumur lima puluh tahun ke atas.

Faecal occult blood test (FOBT)
FOBT ialah satu ujian ringkas untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kanser usus. Ujian ini melibatkan pengambilan beberapa sampel tinja atau najis dengan menggunakan kit ujian. Sampel diambil di rumah dan kemudiaanya dihantar ke makmal untuk dianalisis.

FOBT akan menentukan sekiranya terdapat darah di dalam tinja (darah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar). Darah di dalam tinja boleh disebabkan oleh polip (ketumbuhan di bahagian dalam usus yang boleh bertukar menjadi kanser) ataupun disebabkan oleh kanser usus yang berdarah. Jika terdapat darah di dalam tinja, ujian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca pendarahan.

Ingatlah bahawa kanser usus mempunyai peluang yang tinggi (90%) untuk disembuhkan  sekiranya dikesan pada peringkat awal. Polip yang dikesan melalui FOBT boleh dibuang sebelum bertukar menjadi kanser.

Dimanakah saya boleh mendapatkan FOBT ?
Lelaki dan wanita yang berumur lima puluh tahun ke atas perlu berjumpa dengan doktor  untuk menjalani FOBT dua tahun sekali.
Bagi mengurangkan risiko mendapat kanser amalkan lah gaya hidup sihat seperti: 
  • makan makanan yang berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan.
  • mengekalkan berat badan yang normal.
  • Meningkatkan aktiviti fizikal - selalu bersenam.
  • tidak merokok.
  • kurangkan minum alkohol
Dengan mematuhi panduan yang diberi tidak bermakna anda akan terlepas daripada  diserang kanser usus tetapi ia boleh mengurangkan risiko anda dan juga memberi banyak  faedah kesihatan yang lain.

Cara mengetahui jantina bayi mengikut kepercayaan masyarakat

Terdapat banyak mitos dalam setiap masyarakat mengenai bagaimana untuk mengetahui samada anda mengandungkan anak lelaki atau perempuan. Berikut ialah di antara kepercayaan yang paling popular yang telah kami kumpulkan daripada serata dunia. Ingat, ada 50 peratus kemungkinan ianya betul!

Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...

Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  • Perut anda “rendah”.
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
  • Kulit menjadi kering.
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  • Anda tidur mengiring ke kiri.
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.

Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...

Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda bulat.
  • Perut anda “tinggi”.
  • Muka anda tidak berseri-seri.
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • Kulit anda lembut.
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  • Tidak bermaya semasa hamil dan rambut semakin menipis.
  • Anda tidur mengiring ke kanan.
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.

SUMBER:
http://www.babycenter.com.my/a1053037/cara-mengetahui-jantina-bayi-mengikut-kepercayaan-masyarakat#ixzz2idGEGAR0 

Menjayakan penyusuan Ibu

Nak Berjaya kenalah usaha dan berdisiplin

Utk menjayakan penyusuan.. CHEKCLIST yg lengkap dlm menjayakan penyusuan adalah kombinasi
  • Tubuh yang sihat
  • Supply Vs Demand (kene kerap pam)
  • Pemakanan yang menepati Piramid Makanan dan diet seorang ibu yg menyusukan anak. Doa yang tidak pernah putus pada Allah SWT
  • Istiqamah iaitu konsisten.



Meriahkan? Syaratnya senang ikut panduan dan tips ini
Sekiranya anda mengambil mana-mana set vitamin ibu menyusu ini maka bersedialah untuk lebihkan kekerapan mengepam setiap 2-3 jam kerana tanpa kekerapan mengepam dan menyusukan maka tiada gunanya kita mengambil vitamin ibu menyusu ini.


1-2minggu awal mkn suplemen ni kene teruskan kerap pam.. pam setiap 2-3jam sekali. Air pastikan minum sehari minimum 2.5-3liter... Apa2 pun kene kerap pam.Awal2 pam ni takkan terus mencurah., ianya untuk merangsang sahaja...


Vitamin ibu menyusu hanya bertindak sebagai 'milk booster' dan menyokong keperluan zat & nutrisi ibu menyusu dan anak yang disusui kerana secara puratanya kebanyakkan kita tidak dapat mengambil keperluan makanan harian dengan secukupnya. Tanpa pengosongan payudara yang kerap, otak tidak dapat menerima signal untuk mengerahkan payudara menghasilkan lebih banyak susu ibu.

Sekiranya anda ingin menyusukan anak sekurang-kurangnya 2 tahun, anda perlu bersedia dengan konsep 'more demand, more supply' dalam memastikan ibu dapat meningkatkan  pengeluaran dan mengekalkan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun. Pastikan juga ibu-ibu minum tidak kurang air putih 3 liter sehari untuk penyerapan supplement yang berkesan oleh tubuh dan juga turut membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu.

So apalagi? Mahu berjaya kenalah ikut tips dan panduan ini! Selamat berjaya menjadi ibu yang menyusu! Susu ibu hak mutlak anak kita!

Oct 23, 2013

Vitamin penting untuk ibu menyusu

Apakah vitamin penting untuk ibu menyusu?

"Kenapa susu saya tak pekat? 
"Penatnya saya, sejak breastfeeding ni saya selalu cepat letih."
"Eh kenapa Kak Mazni nampak bertenaga sdgkan saya selalu je cepat letih?"

Ini Jawapan saya....

Hari ini saya nak sharing bagaimana menghasilkan susu ibu yang penuh nutrisi, pekat dan menggiurkan. Ibu menyusu  mesti mengekalkan momentum tenaga dan diri untuk cergas dan sihat. Tambahan pula ibu menyusu bukan sahaja berkhidmat untuk diri sendiri tetapi juga untuk anak dan suami. Maka tidak hairanlah ibu-ibu perlu pandai menjaga kesihatan diri luaran dan dalaman demi menjayakan misi 3 dalam 1 ini. 

Untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga ibu menyusu boleh mengambil vitamin sebagai makanan tambahan atau booster. Teorinya senang sahaja. Ibu sihat maka susu yang dihasilkan juga sihat. Susu yang dihasilkan bkan sahaja sihat malah menjadi penuh nutrisi, pekat dan menggiurkan. 

sebelah kanan susu ibu dengan amalan vitamin
Seorang customer saya memberitahu saya sejak dia mengambil vitamin ibu menyusu ini anaknya tidak lagi  meragam dan cepat lapar. Tidur malam pun tidak kerap terganggu. Jika sebelum ini bayi dia selalu sahaja cepat lapar dan kerap menyusu sehinggakan kadang-kadang dia berasa berputus asa untuk menjayakan penyusuan ini  lantaran dirinya yang sudah kehabisan tenaga dan keletihan.

Lihat, ternyata ibu-ibu boleh berjaya dan dapat menyusukan bayi mereka dengan gembira dan tenang asalkan  mereka mengamalkan vitamin ibu menyusu ini disamping berdisiplin menjaga pantang larang dalam tempoh penyusuan ini. Insyallah saya akan kongsi tips dan panduan pantang larang penyusuan dalam entri akan datang .

Secara asasnya semua vitamin dalam set vitamin ibu menyusu yang diperkenalkan memberikan manfaat kesihatan yang banyak kepada ibu seperti menambah tenaga (mengurangkan kepenatan), kekal cergas dan ceria serta yang utama sekali adalah mengurang stress. 

Hati yang tenang, badan yang sihat dapat menggerakkan 'spirit' minda bawah sedar kita untuk menghasilkan susu dengan banyak. Oleh sebab itu, set vitamin ibu menyusu shaklee banyak membantu ibu-ibu menyusu menjayakan tempoh penyusuan sehingga dua tahun dan lebih lagi.


Berikut adalah senarai set vitamin ibu menyusu yang sesuai untuk ibu yang menyusukan dan anak.







Set B - Set Asas Vitamin Ibu Menyusu dengan Alfalfa Complex 
Mengandungi 4 jenis vitamin asas untuk ibu menyusu iaitu

Vitalea (multivitamin) 
B-complex 
Vitamin C 
Alfalfa complex

Amat membantu ibu yang menyusukan anak. Set B ini sesuai untuk ibu menyusu yang tidak menghadapi apa-apa masalah dalam penyusuan dan ingin memperkayakan khasiat nutrisi dalam susu ibu dan juga menambah tenaga ibu menyusu. 


Kelebihan Alfalfa complex adalah sebagai 'milk booster' kepada ibu menyusu selain menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman, menyelesaikan masalah keputihan, dan yang paling utama merupakan detox (nyahkan toksin) kepada tubuh. Manfaat alfalfa kepada anak ialah menjadikan susu ibu lebih pekat membuatkan anak kesayangan kita lebih kenyang dan mendapat khasiat yang berkualiti. Selain itu, alfalfa complex juga membantu mengatasi masalah eczema bayi.


Set Eu 4 Pack - Set Vitamin Ibu Menyusu dengan Ostematrix tanpa Alfalfa Complex
Set vitamin ibu menyusu ini mengandungi 4 jenis vitamin asas iaitu 

Vitalea (multivitamin) 
B-complex 
Vitamin C 
Ostematrix (kalsium dan magnesium)

Kalsium amat penting untuk menampung kepada ibu menyusu terutama sekali ketika menghadapi saat-saat PMS. Ketika saat-saat PMS berlaku kebanyakkan pengeluaran susu ibu-ibu akan menurun disebabkan paras kalsium yang rendah ketika ini. 

Tambahan pula dapat menguatkan struktur tulang dan gigi ibu menyusu terutamanya kerana ibu menyusu terdedah kepada osteoporosis yang tinggi kerana kita turut membekalkan kalsium kepada bayi. Kalsium juga didapati berperanan meningkatkan pengeluaran susu ibu dan ini memberi kelebihan berganda buat ibu dan anak. Set ini amat sesuai bagi ibu menyusu atau anak yang alah terhadap alfalfa. Juga sesuai bagi ibu menyusu yang tidak gemar minum susu atau bayi yang alah kepada laktosa. 



Set E - Set Vitamin Ibu Menyusu dengan Ostematrix (Kalsium) 
Mengandungi 4 jenis vitamin ibu menyusu asas iaitu 

Vitalea (multivitamin) 

B-complex 
Vitamin C
Alfalfa complex 
Ostematrix

Set ini amat sesuai kepada ibu menyusu dan anak yang tidak menghadapi alahan terhadap alfalfa tetapi mempunyai alahan kepada laktosa. 


Juga sesuai untuk ibu menyusu yang kurang mengambil kalsium dalam diet seharian dan  sesuai bagi ibu menyusu yang tidak gemar minum susu. Set ini juga bagus untuk ibu dan anak kerana mengandungi semua nutrien dan zat yang lengkap untuk keperluan kesihatan ibu dan anak di samping membantu fokus utama ibu menyusukan iaitu (membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu).



 

Set Tripple M- Set Vitamin Ibu Menyusu Paling Lengkap (Set B, Kalsium dan Soy Protein Shaklee (ESP) - highly    recommended!
Mengandungi 4 jenis vitamin asas iaitu

Vitalea (multivitamin)
B-complex 
Vitamin C
Ostematrix

Keistimewaanya adalah set ini dilengkapkan dengan ESP - Soy Protien Shaklee yang manfaat kepada ibu menyusu dan bayi. Sangat-sangat disyorkan kepada ibu menyusu yang menghadapi masalah dalam penyusuan iaitu, masalah pengeluaran susu yang tidak optima dan yangmenghadapi masalah kekurangan stok EBM (stok susu beku). 


Set vitammin ibu menyusu (Tripple M) ini juga amat sesuai bagi ibu menyusu yangingin memulakan 'relactation' dan untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu. Soy Protein Shaklee banyak memberi manfaat terutamanya kepada ibu. kerana selain membantu sebagai 'milk booster', Soy Protein Shaklee juga turut membekalkan protein yang lengkap untuk keperluan ibu seharian dan membekalkan tenaga berpanjangan. 


Manfaat set Tripple M ini juga adalah dapat memperbaiki kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh terutamanya ibu yang menyusu agar tubuh ibu menyusu dapat berfungsi dengan baik yang secara tidak langsung meningkatkan sistem pertahanan tubuh yang tinggi kepada ibu dan anak. 

 

Untuk mengetahui bagaimana menjayakan penyusuan sila klik


 
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Saidatul safinaz
 
♥ sms/whatsApp: 017-4747 019
♥ Emel : affy_s2@yahoo.com

Cara Menambah Susu Badan dengan cara sihat dan semulajadi

untuk menjayakan perjalanan penyusuan si manja anda sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya 6 bln, banyak factor yang mesti diambil perhatian. Ramai ibu-ibu menyatakan kepada saya bahawa susu mereka tiada, susu mereka kurang. Tahukan anda bahawa..tiada isitilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita yg tidak memenuhkan ilmu didada tentang ilmu penyusuan. Menyusu bayi Nampak mudah. Namun hakikatnya tidak. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Lengkapkan ilmu tentang penyusuan. Disini saya kongsikan tips bagaimana cara untuk menambah susu badan.

Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster. Antaranya ialah:
Lobak putih


- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.


Buah longan kering
- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

Kurma
- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu


Pucuk betik/Betik muda

- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.


Halba/Fenugreek
- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.


Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed

- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah. Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Boleh didapati dalam bentuk kapsul.


Moringa/murunggai/pokok kelor

- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita. Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.


Jantung pisang

- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.


Daun cekur manis/pucuk manis


- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.


Kacang soya


- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.


Pengambilan Air

- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang


- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Psikologi


Susu saya cukup untuk bayi saya!

Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya. Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam


- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY. Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

Doa


- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.

Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu,jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barula penyusuan dapat berlangsung dengan lancar

Cadangan suplemen untuk Ibu Menyusu


Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.

untuk info lanjut, anda bolehlah menghubungi saya. setiap pembelian daripada yourfabulousmama.com akan disertakan exclusive tips bagi ibu-ibu yang menyusu bayi.tertakluk pada terma dan syarat.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Saidatul safinaz
 
♥ sms/whatsApp: 017-4747 019
♥ Emel : affy_s2@yahoo.com

Teknik menyusukan bayi

Teknik Menyusukan Bayi
    1. Kedudukan badan
       
      ~ Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi.
      ~Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
      ~Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan

    2. Cara memegang bayi

        ~Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
      ~Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu.
      ~ Bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu

    3. Cara memegang payudara
        ~ Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
       
      ~ Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting


Posisi Penyusuan
    1. Posisi mendukung/buai
      ~ Ibu duduk memangku bayi dengan lengan muka dan kepala bayi menghadap payudara
     2. Posisi mendakap/di sisi

      ~ Ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar.
        ~ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
        ~ pastikan ruangmencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya

      3. Posisi mendukung bersilang/bersilang buai
    ~ Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. Ibu juga boleh mengawal kepalanya
        ~ Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap.


        4.  Posisi baring

        ~ Bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat


Penyusuan pasangan kembar
~ Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak.
 
 
 
Pelekapan Cara yang betul menyusukan bayi anda ialah :
1. Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
2. Gerakkan badan bayi ke arah payudara
3. Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
4. Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara

Cara pelekapan yang betul
    1.Mulut bayi terbuka luas
    2. Dagunya mencecah payudara
    3. Bibir melekup keluar
    4. Pipi gelembung
    5. Payudara nampak penuh dan bulat
    6. Terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan

    Cara pelekapan yang salah
    1.Dagu bayi jauh

    2. Tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
    3. Dagu tidak menyentuh payudara
    4. Ibu rasa sakit
    5. Payudara boleh bengkak dan puting luka
     
    Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

    Saidatul safinaz
     
    ♥ sms/whatsApp: 017-4747 019
    ♥ Emel : affy_s2@yahoo.com